Perkhidmatan Pengangkutan & Haulage

Syarikat kami mempunyai kemudahan pengangkutan lori dimana terdapat 140 buah lori kesemuanya iaitu 103 buah daripadanya adalah lori rigid, 17 buah lori treler dan 20 buah lori tangki. Disamping itu, pihak kami disokong oleh vendor yang dilantik dari setiap negeri, vendor yang dilantik sebanyak 200 buah syarikat yag mempunyai kekuatan sebanyak 400 buah lori.

Lori rigid muatan 5 tan digunakan sebagai feeder untuk mengangkut kargo ke kawasan pendalaman kepada pelanggan.

Manakala Lori Treler digunakan untuk jarak perjalanan yang jauh yang mana ia juga digunakan untuk mengangkut baja, benih, buah tandan segar (BTS), ternakan, bahan binaan dan barangan am dari tapak semaian ke pekebun kecil dan juga dari kilang ke stor penerima seluruh negara.

Lori Tangki pula digunakan untuk mengangkut minyak sawit mentah (MSM) dari kilang minyak sawit mentah RISDA atau daripada pihak luar kepada kilang atau ke pelabuhan.

Perkhidmatan bengkel baik pulih kenderaan adalah infrasturktur yang penting bagi syarikat pengangkutan, oleh itu syarikat kami telah menubuhkan beberapa buah bengkel atau dipanggil depot untuk melancarkan urusan penghantaran baja yang terletak di Pokok Sena – Kedah, Durian Mas – Terengganu dan Ulu Keratong – Johor.

Perkhidmatan mengangkut benih

Perkhidmatan mengangkut Minyak

Perkhidmatan mengangkut haiwan ternakan

Perkhidmatan mengangkut buah tandan segar (BTS) / sawit

Perkhidmatan Bengkel & Baik Pulih Kenderaan